3 sudu tepung kastard 1 tin susu cair sedikit susu pekat 1 tin buah2an campur 5 sudu gula secubit garam
Cara:
blender tepung kastad+susu pekat+cair+gula+garam..masukkan dalam periuk,tambahkan air setengah cawan dan masak.kacau sentiasa.apabila telah hampir pekat, masukkan buah2an campur.masak lagi sehingga pekat.sejukkan.
Cadangan Hidangan:
masukkan aiskrim ke dalam cawan atau mangkuk cantik...
7 gagar-agar (direndam dan ditoskan) 5 cawan air mendidih 1 cawan gula pasir 1 cawan susu sejat 1 camca teh esen vanilla 2 camca sederhana serbuk koko ½ cawan air panas 4 butir putih telur (dipukul hingga kental)
Cara:
Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih. Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya. Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api. Tapiskan campuran itu dengan kain kasa. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata. Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk bersama sos kastad.
Bahan-Bahan: 1 bungkus agar agar 1250ml air 1 ½ cawan susu pekat gula secukup rasa 1 biji keledek merah atau kentang direbus dengan sikit garam daun pandan kulit telur ayam secukupnya
Cara: ebus agar agar dgn 1250ml dan daun pandan hingga hancur. buatkan bebola kecil drp ubi yg telah dilecek. masukan susu manis dan gula sambil dikacau hingga mendidih. tuangkan agar agar kedalan kulit telur tadi dan masukkan sebiji bebola ubi. biarkan beku. kopekan kulit telur tadi sebelum dihidangkan
Cadangan Hidangan: boleh dimakan dengan buah buahan koktel atau apa saja buah kegemaran anda
Tambahan: sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan @ perkahwinan
30 gram agar-agar 1 tin susu cair 2 cawan gula 5 cawan air 2 biji telur (dipukul) 3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air) 2 sudu mentega 1 tin buah koktail 1 biji kek gulung secubit garam 1 camca teh asen vanilla
cara :
Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.